Tuesday, June 15, 2010

071201

Majlis Penyampaian Bengkong dan Penganugerahan Sandang Berjawatan Pasir Senor, Temangan, Kelantan

Buat pertama kalinya Pertubuhan Silat Seni Gayong Gelanggang Awam Pasir Senor, Temangan, kelantan mengadakan Majlis Penyampaian Bengkong dan Penganugerahan Sandang Berjawatan pada 01 Disember 2007 bersempena perasmian pembukaan gelanggang baru di bawah pimpinan saudara Ustaz Wan Abdul Halim bin Wan Omar sebagai jurulatih utama. PSSGM Gelanggang Pasir Senor ini dijayakan oleh Ustaz Hj. Alias bin Hj. Hasan sebagai pengelola dan En. Ismail bun Hj. Hasan sebagai penaung. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Abdul Majid sebagai wakil kepada wakil rakyat dun temangan. Turut menjayakan adalah Gurulatih Tertinggi PSSGM Negeri Perak iaitu Cikgu Mohd Amin bin Hamzah.



Aturcara Majlis :

Nyanyian lagu negaraku dan lagu gayong


Bacaan doa


Bacaan Ikrar


Ucapan pengarah program

Ucapan gurulatih tertinggi PSSGM Perak


Ucapan perasmi


Penyampaian bengkong kepada anak-anak gayong yang lulus ujian tingkatan bengkong awan putih


Penyampain bengkong khas gurulatih kepada saudara Azizan Ibrahim yang merupakan gurulatih kanan PSSGM Labuan


Penganugerahan sandang imam gelanggang ( Seri Sakti )



Penganugerahan sandang imamah gelanggang



Penganugerahan sandang Panglima Geliga Sakti



Penganugerahan sandang Panglima Chula Hitam

Penganugerahan sandang khas untuk bukan ahli gayong yang berjasa kepada pertubuhan


Persembahan Silat Seni Gayong

  • Upacara ambil tapak
  • seni bunga tanjung
  • kombat tangan kosong
  • tempur pisau 1
  • kombat bebas
  • tempur tongkat 2
  • buah pistol
  • lompatan
  • pemecahan buah kelapa
  • baring atas kaca
  • pemecahan genting
  • bengkok besi

071201.KURSUS.SENI.KERIS

Kursus Seni Keris di Gelanggang Awam Pasir Senor, Temagan, Kelantan

Dari Kiri : Zulkifli, Wan Daud, Hasmizi, Azizan Ibrahim, Cikgu Amin Hamzah, Wan Abd Halim, Isma Adli, Arzlie

071130.KURSUS.SENI.LEMBING

Kursus Seni Lembing di Gelanggang Awam Pasir Senor, Temangan, Kelantan

Berdiri dari kiri : Wan Daud, Hasmizi, Isma Adli, Khairul, Arzlie
Duduk dari kiri : Azizan, Cikgu Amin Hamzah, Wan Abd Halim

Wednesday, January 6, 2010

070601.Kursus.Jurulatih.dan.Seni.Cendai

Tarikh : 01 Jun 2007
Tempat : S.K Pauh Lima Bachok, Kelantan

Sesi Pertama :

Paginya bermula dengan upacara adat perlimau sintuk tapak dan seni untuk anak-anak gayong gelanggang SK Pauh Lima Bachok yang disempurnakan upacara adat itu oleh ayahanda Cikgu Mohd Amin Bin Hamzah. Majlis ini dijayakan oleh Ustaz Wan Abdul Halim Bin Wan Omar selaku gurulatih bagi gelanggang tersebut yang juga merupakan ustaz di sekolah terbabit.



Sesi Kedua :

Setelah selesai upacara adat itu bermulanya kursus jurulatih peringkat bengkong pelangi merah ke atas yang di ketuai oleh Cikgu Amin Hamzah sendiri yang merupakan gurulatih tertinggi PSSGM Ipoh. Seramai 7 orang peserta yang hadir mengikuti kursus terbabit yang merangkumi orang lama PSSGM Cawangan Kelantan. Antara pengisian kursus yang dipelajari adalah gerakan seni kuncian, seni kombat, seni kaki dan lain-lain.



Sesi Ketiga :

Pada petangnya bermula pula kursus seni cendai yang juga merupakan pelajaran peringkat tinggi. Antara yang dipelajari adalah sni gerakan cendai dan seni kuncian cendai. Program yang begitu padat itu berakhir jam 6.00 petang dengan ucapan dan amanat cikgu Mohd Amin Hamzah tentang cara mengendalikan gelanggang degan baik dan sedikit-sebanyak tips berkenaan pelajaran.

Sunday, December 27, 2009

070531.Perlimau.Sintuk.Tapak.dan.Seni.Pasir.Senor.Temangan

Majlis Perlimau Sintuk Tapak dan Seni yang diadakan di Gelanggang Awam Pasir Senor, Temangan Kelantan.

Pertama kalinya mengikuti majlis adat Perlimau Sintuk Seni yang disempurnakan oleh ayahanda Cikgu Mohd Amin bin Hamzah Gurulatih tertinggi PSSGM Ipoh, Perak. Majlis ini bersempena upacara adat iaitu perlimau sintuk tapak bagi menerima ahli baru di gelanggang awam Pasir Senor Temangan. Penggerak bagi menjalankan upacara adalah dikendalikan oleh saudara Azizan Ibrahim gurulatih bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan dibantu oleh saudara Wan Abdul Halim selaku teraju kepada gelanggang Pasir Senor.




















Saudara Wan Abdul Halim menyampaikan cenderahati kepada ayahanda cikgu Mohd Amin Bin Hamzah

Antara rakan-rakan yang turut mengikuti majlis ini...

Saudara Isma Adli

Saudara Azuan Ibrahim

Saudara Zulkifli

Saudara Shaiful Hakim


Antara persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalani upacara adat

01.02.03.Mula.Menyertai.Gayong

Bermulanya disini...

Pada tahun 2001 bermulanya kisah perjalanan hidup empunya blog mengenali nama pada ketika itu Pertubuhan silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret (SMKPM), Machang Kelantan.

Cenderung awal kemasukan pada ketika itu adalah atas dorongan rakan-rakan sepelajaran yang ketika itu berada di tingkatan 2 Pertanian 1 (2P1) di sekolah terbabit kerana ingin mengenali dengan lebih dekat dan merasai bagaimana rasanya bersilat. Seingatnya pada ketika itu rakan-rakan yang bersama menyertai adalah Mohd Zuhairi, Mohd Arzlie, Ahmad Safuan, Muzahri, Nik Mohd Riduan, dan saya sendiri. PSSGM adalah salah satu kelab badan beruniform yang sah sekolah yang dipimpin pada ketika itu oleh cikgu Mohd Fani sebagai guru penasihat persatuan dan kelab.

Hari pertama pendaftaran ahli baru rasa terpegun melihat orang-orang lama gayong mengadakan persembahan silat di padang sekolah yang mulanya jam 3.00 petang di katin sekolah sebagai pengenalan kepada pertubuhan dan seterusnya diikuti persembahan yang dibuat di padang sekolah. Setelah selesai persembahan silat para jurulatih mengadakan latihan asas pengenalan kepada silat oleh ahli-ahli baru dan bersama-samalah kelompok kelas 2P1 mempelajari pelajaran pertama iaitu asas tumbukan dan diikuti dengan asas tangkis dan pancung. Seingat jurulatih yang bertugas pada ketika itu adalah saudara Adha dan beberapa rakan-rakan pembantu jurulatih.

Sekitar tahun 2002 dan 2003 setelah lulus dalam ujian kenaikan bengkong awan putih yang diadakan di pantai Melawi Bachok, Kelantan. Bagi upacara penyampaian bengkong pula diadakan di rumah Suhaili iaitu di Pulai Chondong.

















Antara penerima bengkong awan putih



Latihan harian PSSGM gelanggang SMKPM yang terdiri daripada:

















Berdiri dari kiri:
Siti Hajar, Hazirah, Qistam (along), Zulkifli, Saudara Azizan, Suhaili, Nik Nur, ..., ...

Duduk dari kiri:
Wan Shahrizal, Safuan, Hasmizi, Riduan, Arzlie, Isma Adli